Keistimewaan Hijjabkasih


Perkhidmatan Hijjabkasih bukan berdasarkan pencarian jodoh sahaja malah kami mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik bersama ahli dalam mengeratkan silaturrahim dan memudahkan proses perkenalan antara ahli. Program yang sedang dijalankan sekarang antaranya perjumpaan SDS, Program Suai-Kenal antara ahli, Program Pengurangan Berat Badan (P2B2), di samping program yang akan dijalankan pada Januari iaitu Program Peningkatan Kendiri, Program Teknik Asas Makeup, dan pada Februari iaitu seminar dan motivasi.

Sistem Asas Satu Dengan Satu (SASDS) di mana ahli akan dipadankan dengan satu calon sahaja bagi mengelakkan pertindihan dan persaingan yang mana sepanjang 6bulan ahli mempunyai hak untuk menukar calon sekiranya tidak serasi atau sesuai.

Sistem Pemerhatian dan Perkembangan Ahli (SP2A) iaitu ahli akan menerima panggilan, sms, atau email dari Hijjabkasih bagi mengetahui perkembangan semasa antara ahli dan calon, masalah atau khidmat nasihat.